KEBUDAYAAN
DAN PERPADUAN
NAMA
KUMPULAN:
1.
NUR AIN AYUNI BINTI MAT SUKRI 06DPR20F1017
2.
SITI AISYAH BINTI A RASHIDI 06DPR20F1026
3.
FAIRUZ AYUNI BINTI A. KARIM 06DPR20F1044
KELAS:
DPR1A
KURSUS:
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOS:
DIPLOMA PEMASARAN
SESI:
JUN 2020
NAMA
PENSYARAH: PUAN RIBHAN BINTI IBRAHIM
JABATAN:
PEDAGANGAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya kami dapat
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali kami
ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sepenuh penghargaan kepada Puan
Ribhan Binti Ibrahim, Pensyarah kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU
21032), kerana telah memberi tugasan kerja kursus ini. Beliau juga telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi
sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Selain itu juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi
kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayana.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu
bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan kepada kami dari segi
mental dan fizikal sepanjang menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan
sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan
ini dan juga bertukar pendapat dan pandangan serta idea-idea yang bernas dalam
membantu kami menyediakan kerja kursus ini.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan
jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah S.W.T
sahaja dapat membalas budi kalian. Kami juga berharap agar kerja kursus ini
dapat menambahkan lagi ilmu kalian yang sudi membaca.
PENGENALAN
Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat
dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski,
segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait
atau bole ditentukan oleh kebudayaan yang memiliki masyarakat itu sendiri.
Fahaman ini dikenali di kalangan ahli antropologi sebagai fahaman determinisme
atau penentuan budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu
yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini
disebutkan sabagai organic lampau atau ringkasnya superorganik.
Sementara itu, menurut Andreas Eppink
pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan
serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan
intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian
sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai
satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain
kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota
masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan
Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya
seni, rasa dan penciptaan dalam masyarakat.
Daripada kesemua pengertian ini,
kebudayaan boleh disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk
hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang
menjadi amalan untuk kesejahteraaan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
Perpaduan pula bole didefinisikan
sebagai penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah
masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan
dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu
masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan
hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi
masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan factor
yang menyumbang kepada perpaduan social ataupun masyarakat.
Asbiyyah merujuk kepada perpaduan
social dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan perpaduan
social, pada asalnya di dalam konteks ‘kepuakan’ dan ‘kesukuan’, tetapi
kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden, menyerupai system komunalisme.
Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.
Ibn Khaldun dengan secara efektif
menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau
menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir
empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk
membawa perubahan kepada pimpinan.
Mengikut Emile Durkheim,
jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis masyarakat.
Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organik sebagai
sebahagian daripada teorinya berkaitan pembangunan masyarakat dalam karyanya,
The Division of Labour in Society (1893). Dalam sesuatu masyarakat yang
mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan perpaduan dating daripada warga
yang serupa, warganya berasa terkait melalui kerja, Pendidikan dan Latihan keagamaan,
dan cara hidup. Perpaduan mekanikal terdapat dalam masyarakat yang
‘tradisional’ dan masyarakat kecil. Perpaduan organic pula muncul daripada
pergantungan saling dalam Kalangan ahli masyarakat. Keadaan saling bergantung
ini pula muncul ekoran pengkhususan kerja dan warga masyarakat yang saling
melengkapi, yakni perkembangan yang terdapat dalam masyarakat ‘moden’ dan
‘industri’.
KAUM – KAUM DI
MALAYSIA
Malaysia merupakan salah satu negara
berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di
Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India telahpun menetap di tanah air ini selama
5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira
80 kaum etnik terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya, termasuklah Baba &
Nyonya Kadazandusun dan Iban.
Setiap
kaum ini mempunyai pelbagai adat dan keunikan tersendiri. Keunikan dari segi
pakaian, makanan, tarian, alat muzik, dan sebagainya. Begitu juga dengan
kepercayaan dan Bahasa setiap kaum yang berbeza-beza. Oleh itu, mari kita
mempelajari dengan lebih mendalam tentang adat dan keunikan setiap kaum yang
utama.
KAUM MELAYU
Orang
melayu lebih dikenali sebagai Bangsa Bumiputera terdiri daripada hampir 65%
jumlah penduduk di Malaysia ditakrifkan secara umum sebagai “bangsa melayu”. Selain
itu, kaum melayu mempunyai satu sahaja kepercayaan iaitu agama islam. Tak lupa
juga mempunyai satu Bahasa iaitu Bahasa melayu.
PAKAIAN
Seterusnya,
Orang melayu mempunyai pakaian tradisional yang sangat memberi peranan kepada
kaum yang lain seperti Cina dan India. Pakaian tradisional bagi lelaki adalah
baju melayu, manakala bagi perempuan terdapat dua iaitu baju kurung dan kebaya.
Pakaian – pakaian ini sering dipakai apabila menyambut perayaan dan menghadiri
majlis perkahwinan.
Contoh Baju
Melayu;
Kiri:
Baju Melayu Cekak Musang
Kanan:
Baju Melayu Teluk Belanga
Contoh Baju Kurung:
Baju Kurung
Pahang
Baju Kurung
Kedah
Contoh Baju
Kebaya:
Kebaya
Nyonya
MAKANAN
Selain
itu, terdapat juga makanan-makanan tradisional yang lazat dan enak untuk dijamu
selera. Terdapat laksa, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan sebagainya.
Selain makanan, kita juga mempunyai banyak kuih-kuih tradisional. Contohnya,
kuih lapis, kuih koci, buah melaka dan lain lain lagi.
Contoh-Contoh
Makanan Dan Kuih Tradisional;
Pelbagai
Jenis Kuih-Muih
Nasi Lemak
Nasi Kerabu
ALAT
MUZIK
Selain
itu juga, kaum melayu mempunyai alat muzik dan tarian tradisional yang sangat
unik dan membantu pada teater yang akan diadakan ataupun perayaan yang akan
disambut. Contoh-contoh alat muzik yang selalu dimainkan adalah kompang, gong,
rebana, gambus dan pelbagai lagi.
Alat-Alat Muzik:
TARIAN
Tarian
juga berkaitan dengan alat muzik. Tiada dendangan muzik, tiadalah tarian yang
akan dipersembahkan. Antara tarian yang selalu kita dengari adalah, tarian
keris, tarian inai , tarian piring , tarian lilin dan macam-macam lagi.
Contoh Tarian-Tarian:
PERMAINAN
Di
samping itu juga, terdapat permainan-permainan tradisional yang boleh
dipelajari dan dimain Bersama rakan-rakan dan saudara-mara. Tujuannya, kita
dapat mengisi masa lapang dan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Antara
permainan yang ada ialah congkak, gasing, wau dan sebagainya. Di bawah ini
adalah contoh gambar permainan-permainan tradisional.
PERAYAAN
Seterusnya,
kaum Melayu juga mempunyai dua perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan
Hari Raya Haji. Hari Raya Aidilfitri ialah hari yang disambut pada 1 syawal
selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Bagi meraikan sebulan kita
telah berpuasa, kita meraikan 1 syawal itu dengan makanan yang lazat dan enak
seperti ketupat, rendang, lemang dan banyak lagi juadah yang ada. Di samping
itu, kita juga boleh dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan
saudara-mara yang datang berkunjung kerumah setelah sekian lama tidak berjumpa. Dibawah ini ada lah contoh gambar suasana
perayaan yang sangat meriah.
Hari
Raya Haji pula hari dimana haiwan yang berkaki empat seperti lembu, dan kambing
dikorbankan. Kemudian, daging-daging tersebut diagihkan kepada semua orang.
Contoh suasana Hari Raya Haji yang meriah.
PERKAHWINAN
PENGENALAN
Perkahwinan
adalah salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim antara dua belah pihak.
Menurut Kamus Dewan, Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun
temurun di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus
dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi
kebiasaan. Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti
kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu
menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang sekaligus berkaitan dengan
proses kehidupan manusia. Menurut Dr.Van
Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup
dan semua peraturan dan tingkah laku
Perkahwinan
membawa maksud akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
mengikut syarat-syarat tertentu. Perkahwinan adalah sunnah Nabi S. A. W dan
juga sunnah para rasul. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksudnya: ‘empat perkara
dalam sunnah para rasul ialah pemalu, suka berharum-haruman, bersiwak dan
bernikah. ”(riwayat Ahmad dan Tarmizi
sesiapa yang menolak perkahwinan bererti menolak sunnah Nabi SAW.
Justeru Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula
jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan
halal. Umum mengetahui masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Setiap
kaum mempunyai adat istiadat perkahwinan yang tersendiri serta unik dan
menarik.
Melalui
tugasan ini saya akan menghuraikan secara terperinci tentang adat resam
perkahwinan beberapa masyarakat yang terdapat di negara kita. Melalui tugasan ini juga kita akan melihat
terdapat persamaan dan perbezaan yang ada dalam adat resam perkahwinan kaum di
Malaysia yang mungkin belum di ketahui oleh generasi muda.
Adat
perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya
kehidupan sesebuah keluarga. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan
adat resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat
dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan
dilaksanakankan secara meriah dan penuh adat istiadat Setiap perlakuan mereka
akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan
Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran
sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat ini disusun begitu teratur
mengikut langkah yang telah dirancang
Langkah
pertama
Adat
Merisik
Adat
merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini juga
dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara wakil
keluarga lelaki dengan wakil keluarga perempuan. Pertemuan tersebut dianggap
penting untuk menghormati keluarga pihak perempuan. Selain dari adat ini
bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali keluarga bakal tunang terlebih
dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin. Tujuan adat ini
dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki
itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu rundingan akan diadakan di
antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin
tanya berupa cincin belah rotan. Sekiranya ada persetujuan dari pihak gadis
maka satu tarikh peminangan akan ditetapkan.
Langkah
kedua
Adat Meminang.
Wakil
dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan
diutuskan oleh ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang
telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan memberi
jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat,
mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan.
Sekiranya
pinangan diterima, pada pertemuan berikutnya mereka akan berbincang tentang
segala syarat berkaitan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan.
Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan
perkahwinan. Pada ketika itu seandainya perkahwinan itu agak lambat dijalankan,
pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak
perempuan. Dari segi konsepnya Menghantar Tanda adalah ditakrifkan sebagai
“putus cakap”. Ini membawa maksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima
oleh pihak perempuan.
Langkah
ketiga
Adat
Bertunang
Sebaik
saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh
saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di
rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh
junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain
seperti bunga rampai, kuih muih, buah -
buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk diberikan kepada pihak
perempuan.
Pada kebiasaannya
bilangan hantaran juga akan di hantar dalam bilangan yang ganjil seperti lima,
tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap dikatakan akan
membawa implikasi yang tidak baik. Sementara hantaran dari pihak perempuan pula
akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan
mempunyai kakak yang masih belum berumah tangga,maka pihak lelaki juga harus
memberikan sumbangan berupa hantaran yang akan ditetapkan oleh keluarga
perempuan kerana dianggap peminangan
tersebut sudah melangkah bendul.
Langkah
keempat
Adat
Berinai.
Majlis
berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali sebagai
Berinai Curi. Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan
untuk saudara mara terdekat sahaja. Peringkat kedua dikenali sebagai Berinai
Kecil. Biasanya diadakan dua malam sebelum
hari pernikahan untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat
ketika dpula dikenali sebagai Berinai Besar. Umumnya diadakan satu malam sebelum
hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak
lelaki dan perempuan. Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki
tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan. Sebaliknya pengantin lelaki
akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang
berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
Langkah
kelima
Akad
Nikah.
Akad
nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan
suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama. Istiadat ini dijalankan
selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan
seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah
dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Semasa
upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk
menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok
kadi atau imam.
Kebiasaannya
majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum
majlis perkahwinan diadakan. Walau bagaimanapun Akad nikah boleh dilakukan di
masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan
oleh tok kadi atau imam
Pada
hari berkenaan, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan
majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Sebelum upacara dijalankan, wang
belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi
berserta dua orang saksi bagi pihak
perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di
tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan
di dalam bilik untuk bertanyakan persetujuannya akan pernikahan tersebut.
Seterusnya
Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung
jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.
Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan
mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin
lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang
dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas
didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan
mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.Upacara membatalkan air
sembahyang pula dilakukan sebaik sahaja selesai adat akad nikah. Si suami akan
menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya sebagai satu simbol
bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
Akhir sekali
Adat bersanding
Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara persandingan. Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam. Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut dengan meriah bilamana pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin.
Pengantin
akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di
atas pelamin ialah bunga pahar. Para jemputan terutama dari wakil kedua
mempelai akan dipersila untuk menepung tawar pasangan pengantin di atas
pelamin. Justeru tidak hairanlah setiap majlis perkahwinan yang dilakukan secara
penuh adat mengganggap pasangan pengantin sebagai raja sehari oleh kebanyakan
masyarakat Melayu lantaran tertib dan teraturnya pengurusan proses perkahwinan yang diamalkan
sejak turun temurun
KEMATIAN
PENGENALAN
Kematian
merupakan perkara yang sudah pasti akan berlaku dan dipercayai oleh kebanyakan
kaum yang wujud didunia ini. kematian akan berlaku kepada semua manusia tanpa
mengira bangsa, agama, kaum, umur, pangkat dan darjat. Terdapat pelbagai kaum
di Malaysia dengan adat kematiannya yang tersendiri. Antara kaum yang menarik
dapat kami rungkaikan adalah kaum Cina, India, Melayu dan Orang Asli Temuan.
Pelbagai persoalan akan timbul dalam fikiran semua manusia yang rata-ratanya
ingin tahu perkara yang akan berlaku setelah proses kematian setiap kaum.
Antara persoalan yang timbul adalah perbezaan tanah perkuburan setiap kaum.
Seterusnya cara menguruskan mayat setiap kaum dan lain lain. Bagi merungkaikan
ikatan persoalan tersebut, blog ini akan membincangkan secara khusus berkaitan
adat kematian.
Semasa
Kematian
Apabila
berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar
kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di
sekitar kawasan itu. Mayat akan diletakkan di ruang tengah rumah dan
dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain.
Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan.
Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Sebelum
dikebumikan, mayat perlu dimandikan
dengan tertib dan cermat. Adalah
lebih baik jika memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati
sendiri. Mayat perlu dikebumikan secepat yang mungkin.
Sebelum
jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil si mati akan memohon ampun
dan maaf bagi pihak si mati jika beliau
pernah berbuat kesilapan terhadap seseorang dan akan meminta mana-mana hutang
si mati yang masih belum dijelaskan agar dihalalkan ataupun si penuntut boleh
menuntutnya pada waris si mati.
seterusnya mayat akan di solatkan. ini bukan
sahaja kerana adat melayu tetapi ianya merupakan suatu tuntutan didalam agama
Islam. Harapan orang hidup pula ialah semoga simati akan berada dalam rahmat
Allah, terhindar daripada siksa kubur dan bersemadi dengan tenang di alam
barzakh. Maka salah satu cara untuk membantu simati bagi meringankan bebannya
di alam berzakh ialah dengan doa yang dibaca ketika menyembahyangkan
jenazahnya.
Pakaian
Si Mati
Mayat
dibalut dengan kain kafan. Kafan maksud membalut badan jenazah dengan aturan
tertentu. Proses mengafankan melibatkan penggunaan kain putih yang mencukupi
beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan
lagi balutan kain kafan tersebut.Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialah 5
lapisan manakala mayat perempuan 7 lapisan . Ini adalah untuk memelihara
kehormatan dalam proses membalut mayat menggunakan kain supaya bahagian
sulitnya tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Semasa
Pengebumian
Kaum
lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita
kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan
dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan
dalam Islam.
Sebelum
ditimbus, sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup
keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.
Kepala
mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan
di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu
nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas
kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok
imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si
mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian
bunga rampai pula ditabur.
Selepas
Kematian
Kenduri
arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah
selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat
puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan
si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan
adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina
pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu
meninggal dunia.
Kaum Cina
Kaum
cina adalah kaum etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu.
Masyarakat Malaysia yang berketurunan Cina terdiri daripada sukuk aum Teochaw,
Hakka, dan Hokkien. Penempatan pertama dibuka di Malsysia ditubuhkan pada abad
ke-15 apabila Puteri China Hang Li Po telah dikahwinkan dengan Sultan Melaka.
Semenjak itu, kaum cina telah berkembang menjadi populasi kedua terbesar di
Malaysia.
Kaum
Cina juga mempunyai pelbagai kepercayaan iaitu agama buddha, taoisme, dan
Kristian. Selain itu juga, mereka juga terdapat banyak Bahasa antaranya
mandarin, hokkien, hakka, kantonies dan banyak lagi.
PAKAIAN
Seterusnya,
kaum Cina juga mempunyai pakaian tradisional tersendiri, unik dan menarik. Pakaian
bagi kaum Cina perempuan ialah Cheongsam manakala pakaian bagi kaum Cina lelaki
ialah Samfu. Selain iyu juga, pakaian Hanfu dipakai semasa pergerakan Hanfu
Malaysia pada tahun 2007. Dibawah ini adalah contoh-contoh pakaian berikut;
PERAYAAN
Pakaian-pakaian
tersebut dipakai apabila menyambut perayaan-perayaan terbesar seperti Tahun
Baru Cina, Chap Goh Mei dan Pesta Kuih Bulan. Perayaan-perayaan ini disambut
bersama keluarga besar seperti sanak-saudara, cucu-cicit dan anak-menantu.
Perayaan ini disambut dengan sangat meriah dan akan makan besar bersama-sama.
Perayaan Tahun Baru Cina disambut pada awal tahun dengan berpakaian serba merah
dan emas. Orang Cina berkata pakaian merah akan membawa “Ong” bermaksud tuah.
Contoh perayaan yang tersebut:
Seterusnya, terdapat juga perayaan Chap Goh Mei. Perayaan Chap Goh Mei atau dikenali sebagai “Chinese Valentine’s Day” ini merupakan malam mencari pasangan dimana para gadis yang masih belum berkahwin akan berpakaian cantik dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok. Chap Goh Mei merupakan sebutan dialek Hokkien yang bermaksud malam ke-15 Tahun Baru Cina. Di samping itu, perayaan tersebut disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran. Selain itu, mereka akan menulis nama dan nombor telefon diatas buah limau kemudian dilontarkan kedalam sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mendapat pasangan yang sesuai. Lelaki yang bujang akan mengutip limau disungai untuk bertemu pasangannya. Contoh suasana perayaan:
Perayaan
yang seterusnya adalah Pesta Kuih Bulan. Pesta Kuih Bulan diraikan pada hari
ke-15 dalam bulan lunar kelapan, ia juga dikenali sebagai Zhongqiujie (perayaan
pertengahan musim luruh). Kuih Bulan adalah sebagai satu hidangan istimewa pada
perayaan ini. Contoh perayaan berikut:
MAKANAN
Disebalik
perayaan yang disambut besar dan meriah, tak lupa juga dengan pelbagai makanan
yang enak dan boleh dinikmati Ketika menyambut perayaan tersebut. Kaum cina
juga mempunyai makanan-makanan dan kuih tradisional yang menarik. Antaranya,
Yee Sang, dimsum, jiao zi atau dikenali sebagai Chinese dumpling, pulut
nasi dan banyak lagi. Dibawah ini adalah contoh gambar makanan berikut;
TARIAN
Kaum
cina juga terkenal dengan pelbagai tarian dan alat muzik. Setiap perayaan akan
ada tarian yang dipersembahkan seperti tarian singa, tarian kipas dan
sebagainya. Tarian-tarian ini dibuat bagi menghiburkan dan memeriahkan suasana
perayaan. Contoh-contoh tarian yang selalu dipersembahkan:
ALAT
MUZIK
Kaum
Cina juga mempunyai alat muzik yang unik dan menarik. Alat muzik juga digunakan
apabila melakukan persembahan tarian-tarian. Alat-alat muzik ini terbahagi
kepada empat kumpulan. Kumpulan-kumpulannya ialah alat muzik yang digesek, alat
muzik yang ditiup, alat muzik yang dipukul dan alat muzik yang bertali. Antara
alat muzik yang bertali ialah pipa, guzheng, yangqin, dan liuqin. Alat muzik
yang ditiup pula adalah zhudi atau dikenali sebagai seruling. Manakala alat
muzik yang digesek pula adalah erhu. Terdapat pula pelbagai jenis erhu seperti,
zhonghu, jinghu, banhu, dan gaohu. Alat muzik yang dipukul pula adalah gendang
24 musim. Dibawah ini adalah contoh-contoh alat-alat muzik diatas mengikut
kumpulannya.
|
Kumpulan |
Alat
muzik |
|
Alat
muzik dipukul |
Gendang 24 musim |
|
Alat
muzik ditiup |
Zhudi (seruling) |
|
Alat
muzik bertali |
Pipa Guzheng Yang qin Liuqin
|
|
Alat
muzik digesek |
Erhu Zhong hu Jinghu Banhu |
PERMAINAN
Kaum cina juga mempunyai permainan tradisional tersendiri.
Antara permainanya adalah mahjong, xiang qi, yo-yo cina dan pelbagai lagi.
Contoh gambar;
Mahjong
Yo-yo Cina
Xiang qi
PERKAHWINAN
Tahukah
anda bahawa adat-adat istiadat yang terdapat dalam upacara perkahwinan
masyarakat Cina adalah berbeza dengan kaum lain di negara ini? Kami kongsikan
adat resam dan budaya masyarakat Cina dalam upacara perkahwinan:
1. Merisik
Untuk pengetahuan anda, tujuan merisik adalah untuk mengetahui
latar belakang gadis yang dihajati kerana masyarakat Cina mengambil berat
tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku wanita terbabit.
Oleh itu, cara merisik terpulang kepada ibu bapa pihak lelaki
sama ada mereka mahu bertanya kepada kenalan ataupun rakan taulan yang
mengenali keluarga wanita tersebut.
Selain itu, mereka lebih gemar mengadakan perbincangan seperti
ini di restoran bersama saudara mara lain kerana dipercayai bahawa tradisi ini
boleh mengeratkan perhubungan di antara ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Perbincangan pada peringkat merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum seperti latar belakang keluarga dan keturunan wanita itu
kerana peringkat ini adalah untuk memastikan gadis yang dihajati oleh lelaki
itu masih belum berpunya.
Pada peringkat ini, pihak lelaki akan memberikan sebentuk
cincin belah rotan dan sekiranya pihak wanita bersetuju, satu tarikh peminangan
akan ditetapkan.
2. Meminang
Upacara meminang hanya akan dijalankan setelah kedua-dua pihak
berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing. Seorang wakil akan
dipilih untuk mengunjungi rumah si gadis untuk membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan.
Ibu bakal pengantin perempuan pula akan berbincang dengan
wakil itu tentang jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan
memilih hari yang paling sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.
Wakil tersebut akan memaklumkan semua ketetapan yang telah
dipersetujui kepada ibu bapa pihak lelaki. Seterusnya, ibu bapa pihak lelaki
akan berbincang dengan anak mereka untuk memenuhi segala permintaan pihak
perempuan.
Hanya selepas kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk berkahwin,
barulah upacara pertunangan itu dijalankan. Wakil daripada pihak lelaki akan
diutuskan oleh ibu bapa pihak lelaki sebagai wakil untuk meminang pilihan hati
anak mereka.
Ibu bapa kepada pihak perempuan akan diberi tempoh untuk
memberi jawapan dan sekiranya pinangan diterima, mereka akan berbincang tentang
syarat-syarat berkaitan mas kahwin dan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan
pada pertemuan berikutnya.
Andaikata upacara perkahwinan itu ditangguhkan selama beberapa
bulan, pihak lelaki akan menghantar tanda terlebih dahulu kepada pihak wanita.
Salah satu cara ikatan pertunangan antara dua keluarga yang
rapat atau saudara dalam masyarakat Cina adalah tanpa menggunakan cincin
pertunangan.
Selain itu, ia merupakan persetujuan bertulis semenjak bakal
pengantin itu kecil lagi atau semasa mereka masih bayi di mana pertunangan itu
kemudiannya dibuat secara wasiat.
3. Upacara pertunangan
Hari pertunangan adalah berdasarkan kalendar Cina kerana hari
yang dipilih perlu bersesuaian dengan zodiak pasangan berkenaan.
Berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su, khidmat tukang
tilik akan digunakan untuk menetapkan tarikh pertunangan pasangan itu.
Masyarakat Cina percaya bahawa sekiranya upacara itu dilakukan
pada waktu yang tidak sesuai, pasangan terbabit akan ditimpa bencana dan
perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama.
Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah pilihan
hatinya untuk menunaikan permintaan bakal isterinya. Upacara bertukar cincin
dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.
Kedua-dua bakal pengantin akan menyarung cincin di jari manis
kiri mereka sehingga hari perkahwinan. Sebagai bukti persetujuan, wanita
tersebut akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang mengandungi
nama, umur dan tarikh lahirnya.
Selepas pihak lelaki menerima nyen-sang tersebut, mereka akan
melakukan persediaan seperti memberi nyen-sang bakal isterinya bersama-sama
maklumat yang sama tentang dirinya kepada tukang tilik.
Dari situ, tukang tilik itu akan menghitung hari dan masa yang
sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang lalu mencatatnya pada sehelai kertas merah
yang dinamakan nyik-kor.
Untuk menentukan hari yang sesuai, tukang tilik akan
memberikan dua keping nyik-kor kepada pasangan yang hendak berkahwin. Nyik-kor
tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh
pasangan tersebut.
Hantaran dan mas kahwin secara lazimnya akan diberi semasa
upacara bertukar cincin perkahwinan ataupun pada hari lain seperti hari
perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
Hantarannya termasuk sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian,
kain dan wang tunai.
4. Majlis perkahwinan
Hari perkahwinan akan berlangsung mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Walaupun begitu, sekiranya terdapat kematian
dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin sebelum hari perkahwinan,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun berikutnya ataupun selama seratus
hari.
Masyarakat Cina pada masa dahulu akan memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas pada hari
perkahwinan mereka. Pakaian itu pula akan dihias dengan pelbagai aksesori.
Untuk baju pengantin pula, warna pakaian itu digalakkan untuk
berwarna putih, merah atau kuning. Walau bagaimanapun, pengantin dilarang sama
sekali untuk memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana warna-warna tersebut
dipercayai melambangkan kematian dan kesedihan.
Seterusnya, pengantin lelaki akan bertandang ke rumah
pengantin perempuan dan mereka kemudiannya akan diiringi oleh pengiring
masing-masing untuk duduk di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
Sebaik sahaja upacara persandingan berakhir, pasangan
pengantin akan dibawa untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan saudara maranya kepada
isterinya.
Masyarakat Cina menganggap upacara minum teh sebagai sesuatu
yang sangat penting dan masih mengamalkannya sehingga hari ini kerana ia
melambangkan penerimaan pasangan pengantin dalam keluarga masing-masing di
samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dalam upacara ini, pasangan pengantin akan memberi teh yang
disediakan kepada saudara mara mereka. Orang yang lebih tua khususnya ibu bapa
pasangan pengantin akan memberi angpau kepada pasangan tersebut sebagai tanda
berkat dan kemuncak upacara perkahwinan iaitu jamuan makan berlangsung pada
sebelah malam.
Adat resam majlis perkahwinan masyarakat Cina merangkumi empat
peringkat iaitu merisik, meminang, upacara pertunangan dan hari perkahwinan itu
sendiri.
KEMATIAN
Masyarakat
Cina sangat berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan kematian .
Orang cina percaya bahawa kematian seseorang bermaksud kehidupan dunia yang
telah berakhir dan bermula kehidupan seterusnya dibawah dunia.
1. Semasa kematian
Mayat akan dibersihkan dan dimandikan. Selepas itu, mayat akan
disolek dan disapu dengan minyak wangi agar kelihatan cantik dan tenteram.
Mayat akan dimasukkan kedalam keranda kayu yang diukir dengan bersalutkan logam
dan susunan mayat ditempatkan menghala ke pintu yang membawa maksud kerelaan
untuk meninggal dunia. Tarikh untuk upacara pengebumian akan dipilih oleh
paderi Cina.
2. Penghormatan
terakhir kepada si mati
Setiap ahli keluarga, saudara mara, dan sahabat diwajibkan
menangis atau meratapi permegian si mati. Jika mereka kekurangan ahli mereka
akan mengupah lebih ramai orang luar untuk menangis kepada si mati. Sesetengah
kepercayaan kaum Cina akan membuat upacara sembahyang mayat. Sebelum mayat
dibawa ke jerat, mereka akan membaca sedikit mentera kepada si mati. Sewaktu
mengiringi mayat ke jerat, pelbagai jenis lagu tradisional atau keagamaan akan
dimainkan.
3. Upacara Pengebumian
Tempat pengebumian memainkan peranan yang penting. Kawasan
yang paling tinggi adalah yang lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang
rata. Tanah perkuburan yang dihias dengan menarik melambangkan kekayaan si mati
semasa hidup. Kubur yang paling besar, tinggi dan menarik menjadi lambang
kemewahan kepada si mati. Ahli keluarga juga akan memasukkan pelbagai jenis
harta milik si mati dalam berbentuk kertas.
KAUM
INDIA
Kaum india adalah rakyat Malaysia yang berasal dari India.
Kebanyakkan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di
Malaysia. Namun sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di
Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kau mini merupakan kaum
ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina.
Kaum india juga mempunyai pelbagai kepercayaan seperti agama
hindu, Kristian dan islam. Kaum mereka pun mempunyai pelbagai Bahasa iaitu
Bahasa telugu, tamil, hindi, dan Malayalam.
PERAYAAN
Kaum india mempunyai pelbagai perayaan. Antaranya, Deepavali,
Thaipusam, Ponggal Vaiguda, Ekadashi dan banyak lagi. Tetapi kaum india
mempunyai tiga perayaan utama iaitu Deepavali, Thaipusam dan Ponggal.
Deepavali ialah perayaan yang paling utama bagi masyarakat
india. Deepavali juga dikenali sebagai ‘perayaan cahaya’. Pada hari ini
sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah
meninggal dunia.
Thaipusam pula perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan.
Ponggal ialah perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta
‘memuja semangat padi’. Selain itu, masa yang amat baik untuk mengadakan
perkahwinan dan upacara lain. Rumah pula akan dibersihkan dan dihiasi.
‘Ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada
Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.
PAKAIAN
Selain daripada perayaan, kaum india juga mempunyai pakaian
tradisional tersendiri. Bagi yang perempuan ialah sari dan salwar kameez
manakala yang lelaki kurta dan dhoti.
MAKANAN
Makanan india dicirkan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba
dan sayur-sayuran lain. Selain itu, elemen yang menggambarkan keunikan makanan
kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi
menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma itu bukan sahaja
memudahkan proses menghidang makanan bahkan membangkitkan selera.
Antaranya ialah tosai, idli, murukku, apam, kesari dan
pelbagai lagi jenis makanan. Contoh-contoh gambar makanan;
TARIAN
Kebudayaan India telah wujud beribu tahun dahulu. Oleh itu,
kebudayaan india sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.
Terdapat pelbagai jenis tarian antaranya tarian serimpi, shobana chanarakumar
tetapi terdapat dua tarian yang popular dan diketahui oleh kaum lain seperti
Bharata Natyam dan Kathak.
ALAT
MUZIK
Tidak lupa juga alat muzik yang terkenal di india. Pelbagai
alat muzik yang dimainkan Ketika membuat persembahan. Antaranya, tabla,
pullanggulal, nadaswaram, veena, sitar dan bermacam-macam lagi.
PERKAHWINAN
Perkahwinan
Kaum India
Masyarakat
India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang
telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita.
Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan
mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang
diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan
masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.
Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku
kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India
secara umum.
Merisik
Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik,
sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status
ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan,
jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga
turut diambil kira.
Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal
pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat
sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen
paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri.
Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun
bilangan tersebut ramai.
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan,
bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai
tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya
bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu
dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan
dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin
lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu
bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang
termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan.
Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat
pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin
lelaki.
Ikat Janji Atau Niccayam
Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang,
bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya
perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan,
kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan
marrutal.
Parisam
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau
udan parisam
Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih
awal daripada hari perkahwinan, manakal Udan Parisa adalah pemberian hadiah
yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan
dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis
pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan
menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu
disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil
cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh
bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India.
Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam
dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai
puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil
sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai
menunjukkan kurniaan tuhan.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan
dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa
parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama
pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta
restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh
melihat puurana kumbu dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin
perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke
ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan
kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai
orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada
kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah
pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah.
Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan
masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya
terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang
keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa
bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas
dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai
lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang
akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki
dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan
sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher
kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu
dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis
thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut
thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di
kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau
sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas,
cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini
adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat
thaali.
Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan
diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin
adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai
thaalippadaiyal.Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan
termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali
tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat
daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.
Mukuurtta Kaal
Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.
Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat
masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih
muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok
tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20
hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam
(ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi
undangan perkahwinan.
Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan
Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk
kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak
dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara
perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia
hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara
menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul
kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi
hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan
menyapu debu suci pada dahi pengantin
Selepas Majlis Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin
perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami
selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin
lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan
dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda
menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi
dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada
mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan
diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan
di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan
diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali
daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta
sahabat handai. Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu
perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka
disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula
dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan,
Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan
disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan
tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan
kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan tidak
ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya
perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para
tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran
dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.
KEMATIAN
Masyarakat
india mempercayai mati adalah konsep kelahiran semula, iaitu ibarat tidur dan
akan bangun semula selepas tidur. Sarjan india juga menyatakan kematian adalah
perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur tetapi roh akan kembali ke
alam barzakh.Mayat akan dibakar atau dikebumikan untuk melaksanakan upacara ini
, pelbagai adat tertentu akan dilakukan .
1. Semasa Kematian
Mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat akan
dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku
dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang
diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si
mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan
menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya
duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke
dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan
dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau
halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru
iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
2. Upacara Kematian
Terdapat 3 Upacara kematian iaitu Upacara menanggalkan Thaali,
Upacara Vaaikkarisi dan kolli catti. Upacara Thaali dilakukan semasa berlaku
kematian Dalam Sebuah keluarga. Thaali Ialah rantai suci perkahwinan yang Hanya
boleh ditanggal Oleh isteri Setelah suaminya meninggal dunia. Bagi Upacara
Vaaikkarisi, Mayat yang telah dimandikan dan dihias akan dimasukkan ke dalam
keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau dan sedikit
makanan dimasukkan ke dalam mulut mayat menandakan pemberian terakhir. Kolli
catti bermaksud periuk Tanah liat yang mengandungi api. Kolli catti dibawa Oleh
Ahli keluarga si mati sama Ada anak atau Bapa. Pembawa kolli catti akan
mengelilingi Mayat sebanyak 3 kali mengikut arah jam diikuti oleh pengurus
mayat yang akan menebuk kalli catti sambil menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam
seer' berulang kali. Di pusingan ketiga, pembawa kolli catti duduk melutut di
hadapan mayat tetapi tidak menghadap mayat.
3. Selepas Kematian
selepas selesai Upacara pengebumian, beberapa Adat seperti
berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu Mayat dan
berkabung. Terdapat Dua cara pengurusan abu mayat bagi masyarakat India, iaitu
sama Ada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan
ke laut. Tempoh berkabung pula berlangsung selama lapan atau enam belas hari.
4. Pantang Larang
Kematian
Tetamu yang datang perlu memakai pakaian berwarna putih atau
cerah. Seterusnya semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan kain Putih.
Dalam masa setahun selepas berlaku kematian, Ahli keluarga tidak boleh meraikan
sebarang sambutan dan Majlis. Ahli keluarga juga tak boleh mengadakan sebarang
keraian serta tak boleh sembahyang secara 'special' di kuil atau di rumah.
KEBAIKAN PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN
Seterusnya,kita dapat memupuk sikap sayang-menyayangi
diantara satu sama lain seperti contoh kaum melayu menjemput kaum cina dan
india memeriahkan rumah mereka ketika musim perayaan Aidilfitri atau rumah
terbuka dan akan belaku sebaliknya apabila perayaan Tahun Baru Cina dan
Deevapali.
Antara kebaikan perpaduan kepada masyarakat
ialah masyarakat dapat hidup dalam aman dan damai.Keadaan ini membolehkan
aktiviti harian masyarakat dan aktiviti keagamaan berjalan dengan baik dan lancar kerana tiada belakunya peperangan atau
pergaduhan yang besar seperti negara Iran dan Palestin.Selain itu, masyarakat
yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara
satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan
konflik antara kaum. Sebagai contoh, pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu
banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan untuk
kehidupan bermasyarakat yang harmoni.
Kini, masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu
sama lain. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak
menyumbang ke arah perpaduan kaum.Buktinya adalah, di Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan(SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa
lain boleh dipelajari.
Hal
inilah yang menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan
harmoni kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud.Antara
kebaikan perpaduan kepada negara pula ialah dapat meningkatkan ekonomi negara. Ramai
pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan
budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan
cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian
makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada pelancong
asing.Dengan cara ini,para pelancong akan berbelanja menggunakan mata wang
Malaysia dan seterusnya ia dapat meningkatkan ekonomi negara.Selain
itu,perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.Para pelancong sangat kagum dengan rakyat Malaysia
kerana walaupun berbeza agama, bangsa, dan kaum,mereka tetap bersatu padu dan
tidak mengamalkan sikap kekitaan.Daripada faktor ini,pelancong luar negara akan
lebih teruja untuk mengetahui tentang sikap dan sifat rakyat Malaysia yang
tetap bersatu padu walaupun berbilang kaum dan bangsa.
CABARAN UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN
Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk
mengekalkan perpaduan kaum ialah isu politik negara.Perbezaan parti politik
yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan dalam kalangan
rakyat.Dunia politik sememangnya penuh dengan kontroversi dimana terdapat
beberapa ahli politik yang kurang bijak apabila mengatasi masalah yang dihadapi
dan hanya memikirkan kepentingan kaumnya sahaja serta mempunyai sifat
kekitaan.Parti politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya
mengikut kepentingan kaum mereka sahaja.Jelaslah disini bahawa isu politik
negara merupakan satu cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan
perpaduan dan kebudayaan kaum.
Cabaran
yang seterusnya ialah ledakan teknologi.Seperti yang kita semua
maklum,penggunaan telefon bimbit merupakan keperluan penting untuk setiap lapisan masyarakat pada masa
kini tidak kira golongan veteran,dewasa,remaja ataupun kanak-kanak tetapi ianya
terdapat beberapa keburukan apabila salah penggunaannya.Penyebaran maklumat
yang tidak sahih berkaitan isu perkauman sering tular di media sosial pada masa
kini kerana terdapat individu yang kurang bertanggungjawab menyebarkan maklumat
palsu tanpa menyelidik terlebih dahulu.Pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan
undang-undang kepada pelaku yang
menyebarkan maklumat yang kurang sahih atauu sesuatu berita yang berkaitan isu
perkauman yang mampu menyebabkan pergaduhan sesama kaum.
Seterusnya,bidang
ekonomi juga merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi untuk mengeratkan
perpaduan kaum pada masa kini.Cabaran ini telahpun lama terjadi sejak zaman
penjajahan lagi terutamanya zaman penjajahan British dimana kaum melayu menjadi
nelayan dan petani,kaum india diletakkan di ladang getah dan kaum cina bekerja
sebagai pedagang dan melakukan
perlombongan.Ini telah menyebabkan sedikit perbalahan diantara kaum dan
menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas.Kesan daripada hal ini
begitu mendalam sehingga masih dapat dilihat pada masa kini.Pada masa kini,kita
masih dapat melihat bahawa masyarakat
cina mendominasikan bidang perdagangan dan masyarakat india masih ramai
yang terlibat dalam bidang perladangan manakala ada segelintir masyarakat melayu yang masih lagi giat dalam
bidang pertanian dan perikanan.Dari sinilah peranan kerajaan sangat penting
dalam membuka pekerjaan yang mana memberi peluang pekerjaan yang sama pada
setiap kaum.Pembangunan ekonomi merupakan nadi kepada kemajuan negara dan
bangsa.Pembangunan ekonomi ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat masih
ditempatkan mengikut bangsa masing-masing sahaja.Sistem pemisahan dari segi
ekonomi ini seharusnya dibenddung sejak dulu lagi agar sifat perkauman yang
menebal dalam masyarakat majmuk dapat dihapuskan.
Cabaran yang seterusnya ialah dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik kepada perpaduan dan kebudayaan.Sejak kebelakangan ini,ramai penduduk Malaysia yang kurang fasih dalam pertuturan bahasa ibunda iaitu bahasa Malaysia terutamanya anak-anak barisan artis dan jutawan.Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa kebangsaan maka akan timbul sifat keterbukaan,persefahaman dan toleransi diantara sama lain.Hal ini juga membantu membuka minda rakyat Malaysia agar menghormati adat dan budaya lain kerana mereka melihat sendiri kepercayaan kaum lain.Barisan pemimpin pendidikan perlulah mewujudkan satu aliran sahaja dalam sitem pendidikan negara serta penekanan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan yang dapat menyelesaikan maslah perpaduan kaum yang membelenggu rakyat Malaysia pada masa kini.
Cabaran
yang terakhir ialah dari segi keagaaman dan kebudayaan.Seperti yang kita semua
maklum,negara Malaysia mempunyai pelbagai agama dan budaya misalnya agama Islam,Kristian,Buddha
dan sebagainya.Cabaran ini merupakan faktor yang tidak boleh dielakkan kerana
semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya dan agama yang tersendiri.Setiap kaum
mempunyai semangat yang menebal terhadap budaya dan agama mereka.Sudah pasti
mereka ingin menggunakan bahasa mereka sahaja dan tidak mahu membuka dunia
budaya mereka kerana mereka beranggapan jika terdapat bahasa lain selain bahasa
mereka, identiti bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya.
KESIMPULAN
Berdasarkan perkara-perkara yang
telah dijelaskan diatas,jelaslah disini bahawa perpaduan dan kebudayaan memberi
impak dan maslahat yang besar kepada individu,masyarakat dan negara.Persefahaman
dan sikap hormat-menghormati diantara kaum menjadi pemangkin utama dalam
pencetusan perpaduan dan kebudayaan negara Malaysia.Seterusnya,perpaduan dan
kebudayaan yang terdapat di Malaysia merupakan anugerah yang tidak ternilai
kerana negara luar tidak mempunyai keunikan ini.Banyak negara jiran yang telah
mengalami konflik dan perang saudara kerana wujudnya prejudis diantara
masyarakat misalnya negara Palestin,Iran dan sebagainya.Kita sering menlihat di
media sosial mengenai pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak
nyawa yang tidak berdosa tidak kira tua atau muda.Sebagai rakyat Malaysia,kita
haruslah bersyukur diatas anugerah yang tidak ternilai ini.kita juga harus bersyukur kerana negara Malaysia
merupakan negara yang aman dan damai serta mempunyai ledakan teknologi yang
canggih.
Seterusnya,perpaduan juga merupakan faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa ini.Sekiranya kita bertelingkah atau berpecah diantara satu sama lain,negara yang aman dan maju ini akan mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang akan menjejaskan ekonomi negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten serta dapat bersaing dengan negara maju yang lain.Akhir sekali,rakyat Malaysia perlulah bersatu padu dalam mengekalkan perpaduan dan kebudayaan yang berbilang kaum ini dengan tidak menjadi seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.Jika semua rakyat bersatu padu dan mengetepikan perbezaan diantara satu sama lain,tentulah perpaduan dan kebudayaan ini terus terjamin pada masa akan datang dan ia akan berkekalan sehingga ke anak cucu.
Oleh itu, saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan dan kebudayaan yang telah kita bina ini agar aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan kerana untuk mencapai usaha ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Ianya mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti,tepat dan bijaksana.Usaha untuk mengekalkan perpaduan dan kebudayan ini tidak akan tercapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.Semua pihak juga perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya.Sekiranya sifat ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua pihak,hasrat untuk mengekalkan perpaduan dan kebudayaan ini akan menjadi angan-anagan kosong.Semoga setiap lapisan masyarakat sedar betapa nikmatnya hidup bersatu padu dalam pelbagai kaum dan bangsa ini.Cabaran mengekalkan perpaduan dan kebudayaan ini sebenarnya merupakan tugas kita sendiri dalam memastikan pemimpin yang adil dipilih,amalan sikap bertoleransi serta bertolak ansur dalam kehidupan harian masing-masing.Seperti pepatah ada mengatakan bersatu kita teguh,bercerai kita roboh
RUJUKAN
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya
3. Ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia
4. Ms.wikipedia.org/wiki/orang_melayu_malaysia
5. Tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/Malaysia/kaum-cina-dimalaysia.html
6. Ms.wikipedia.org/wiki/orang_india_malaysia
7. Pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com
8. Iamlejen.com/adat-resam-perkahwinan-kaum-cina
9. Pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/40-perkahwinan-kaum-india.html
10.Myadatkematian.blogspot.com/2019/02/adat-kematian.html
11. Adatresam7.blogspot.com/2015/11/normal
12. Tradisionalmusicalinstruments.blogspot.com
13. Khadijahrazaki.blogspot.com/2017/09/usaha-mengekalkan-budaya-pelbagai-kaum.html
14. Myschooltmgstaiping.wordpress.com
17.http://joyiilim.blogspot.com/2016/10/cabaran-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
18.http://haeyba.blogspot.com/2019/12/karangan-spm-kepentingan-perpaduan-kaum.h
19.https://www.slideshare.net/100000420219825/kepentingan-perpaduan-kaum-sejarah-pt3
20.https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/
21.https://www.slideshare.net/biiey/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubungan-etnik

























































































