Friday, October 2, 2020

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

 


PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN 
MPU 21032

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

NAMA KUMPULAN:

1.   NUR AIN AYUNI BINTI MAT SUKRI  06DPR20F1017

2.   SITI AISYAH BINTI A RASHIDI   06DPR20F1026

3.   FAIRUZ AYUNI BINTI A. KARIM   06DPR20F1044

KELAS: DPR1A

KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KOS: DIPLOMA PEMASARAN

SESI: JUN 2020

NAMA PENSYARAH: PUAN RIBHAN BINTI IBRAHIM

JABATAN: PEDAGANGAN

 

PENGHARGAAN

           Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya kami dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sepenuh penghargaan kepada Puan Ribhan Binti Ibrahim, Pensyarah kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), kerana telah memberi tugasan kerja kursus ini. Beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayana.

           Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan kepada kami dari segi mental dan fizikal sepanjang menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar pendapat dan pandangan serta idea-idea yang bernas dalam membantu kami menyediakan kerja kursus ini.

             Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah S.W.T sahaja dapat membalas budi kalian. Kami juga berharap agar kerja kursus ini dapat menambahkan lagi ilmu kalian yang sudi membaca.

 

PENGENALAN

             Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau bole ditentukan oleh kebudayaan yang memiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenali di kalangan ahli antropologi sebagai fahaman determinisme atau penentuan budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebutkan sabagai organic lampau atau ringkasnya superorganik.

             Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam masyarakat.

             Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan boleh disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraaan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

             Perpaduan pula bole didefinisikan sebagai penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

             Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan factor yang menyumbang kepada perpaduan social ataupun masyarakat.

             Asbiyyah merujuk kepada perpaduan social dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan perpaduan social, pada asalnya di dalam konteks ‘kepuakan’ dan ‘kesukuan’, tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden, menyerupai system komunalisme. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.

             Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.

             Mengikut Emile Durkheim, jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis masyarakat. Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organik sebagai sebahagian daripada teorinya berkaitan pembangunan masyarakat dalam karyanya, The Division of Labour in Society (1893). Dalam sesuatu masyarakat yang mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan perpaduan dating daripada warga yang serupa, warganya berasa terkait melalui kerja, Pendidikan dan Latihan keagamaan, dan cara hidup. Perpaduan mekanikal terdapat dalam masyarakat yang ‘tradisional’ dan masyarakat kecil. Perpaduan organic pula muncul daripada pergantungan saling dalam Kalangan ahli masyarakat. Keadaan saling bergantung ini pula muncul ekoran pengkhususan kerja dan warga masyarakat yang saling melengkapi, yakni perkembangan yang terdapat dalam masyarakat ‘moden’ dan ‘industri’.

 

 

KAUM – KAUM DI MALAYSIA

 

          Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India telahpun menetap di tanah air ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 kaum etnik terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya, termasuklah Baba & Nyonya Kadazandusun dan Iban.

 



 

Setiap kaum ini mempunyai pelbagai adat dan keunikan tersendiri. Keunikan dari segi pakaian, makanan, tarian, alat muzik, dan sebagainya. Begitu juga dengan kepercayaan dan Bahasa setiap kaum yang berbeza-beza. Oleh itu, mari kita mempelajari dengan lebih mendalam tentang adat dan keunikan setiap kaum yang utama. 

 

 

KAUM MELAYU

Orang melayu lebih dikenali sebagai Bangsa Bumiputera terdiri daripada hampir 65% jumlah penduduk di Malaysia ditakrifkan secara umum sebagai “bangsa melayu”. Selain itu, kaum melayu mempunyai satu sahaja kepercayaan iaitu agama islam. Tak lupa juga mempunyai satu Bahasa iaitu Bahasa melayu.

PAKAIAN

Seterusnya, Orang melayu mempunyai pakaian tradisional yang sangat memberi peranan kepada kaum yang lain seperti Cina dan India. Pakaian tradisional bagi lelaki adalah baju melayu, manakala bagi perempuan terdapat dua iaitu baju kurung dan kebaya. Pakaian – pakaian ini sering dipakai apabila menyambut perayaan dan menghadiri majlis perkahwinan.

 

Contoh Baju Melayu;

 


Kiri: Baju Melayu Cekak Musang

Kanan: Baju Melayu Teluk Belanga

Contoh Baju Kurung:


Baju Kurung Pahang

 


Baju Kurung Kedah

Contoh Baju Kebaya:


Kebaya Nyonya

 

Kebaya Kota Bharu 


 

MAKANAN

Selain itu, terdapat juga makanan-makanan tradisional yang lazat dan enak untuk dijamu selera. Terdapat laksa, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan sebagainya. Selain makanan, kita juga mempunyai banyak kuih-kuih tradisional. Contohnya, kuih lapis, kuih koci, buah melaka dan lain lain lagi.

 

Contoh-Contoh Makanan Dan Kuih Tradisional;

 

Pelbagai Jenis Kuih-Muih

 

Nasi Lemak

 

Nasi Kerabu

ALAT MUZIK

Selain itu juga, kaum melayu mempunyai alat muzik dan tarian tradisional yang sangat unik dan membantu pada teater yang akan diadakan ataupun perayaan yang akan disambut. Contoh-contoh alat muzik yang selalu dimainkan adalah kompang, gong, rebana, gambus dan pelbagai lagi.

 

 Alat-Alat Muzik:



 

Gambus
Kompang
Gong
Rebana

TARIAN

 

Tarian juga berkaitan dengan alat muzik. Tiada dendangan muzik, tiadalah tarian yang akan dipersembahkan. Antara tarian yang selalu kita dengari adalah, tarian keris, tarian inai , tarian piring , tarian lilin dan macam-macam lagi.

Contoh Tarian-Tarian:

Tarian Zapin

 

Tarian Ulik Mayang

 

PERMAINAN

 

Di samping itu juga, terdapat permainan-permainan tradisional yang boleh dipelajari dan dimain Bersama rakan-rakan dan saudara-mara. Tujuannya, kita dapat mengisi masa lapang dan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Antara permainan yang ada ialah congkak, gasing, wau dan sebagainya. Di bawah ini adalah contoh gambar permainan-permainan tradisional.

 

Congkak

 

Gasing
Wau

 

PERAYAAN

Seterusnya, kaum Melayu juga mempunyai dua perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Hari Raya Aidilfitri ialah hari yang disambut pada 1 syawal selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Bagi meraikan sebulan kita telah berpuasa, kita meraikan 1 syawal itu dengan makanan yang lazat dan enak seperti ketupat, rendang, lemang dan banyak lagi juadah yang ada. Di samping itu, kita juga boleh dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan saudara-mara yang datang berkunjung kerumah setelah sekian lama tidak berjumpa.  Dibawah ini ada lah contoh gambar suasana perayaan yang sangat meriah.

 


Hari Raya Haji pula hari dimana haiwan yang berkaki empat seperti lembu, dan kambing dikorbankan. Kemudian, daging-daging tersebut diagihkan kepada semua orang. Contoh suasana Hari Raya Haji yang meriah.

 



PERKAHWINAN

PENGENALAN

Perkahwinan adalah salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim antara dua belah pihak. Menurut Kamus Dewan, Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang sekaligus berkaitan dengan proses kehidupan manusia.  Menurut Dr.Van Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku

Perkahwinan membawa maksud akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat-syarat tertentu. Perkahwinan adalah sunnah Nabi S. A. W dan juga sunnah para rasul. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksudnya: ‘empat perkara dalam sunnah para rasul ialah pemalu, suka berharum-haruman, bersiwak dan bernikah. ”(riwayat Ahmad dan Tarmizi  sesiapa yang menolak perkahwinan bererti menolak sunnah Nabi SAW. Justeru Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal. Umum mengetahui masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai adat istiadat perkahwinan yang tersendiri serta unik dan menarik.

Melalui tugasan ini saya akan menghuraikan secara terperinci tentang adat resam perkahwinan beberapa masyarakat yang terdapat di negara kita.  Melalui tugasan ini juga kita akan melihat terdapat persamaan dan perbezaan yang ada dalam adat resam perkahwinan kaum di Malaysia yang mungkin belum di ketahui oleh generasi muda.

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara meriah dan penuh adat istiadat Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat ini disusun begitu teratur mengikut langkah yang telah dirancang

 

Langkah pertama

 

Adat Merisik

Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan wakil keluarga perempuan. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak perempuan. Selain dari adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali keluarga bakal tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu rundingan akan diadakan di antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan. Sekiranya ada persetujuan dari pihak gadis maka satu tarikh peminangan akan ditetapkan.

 

Langkah kedua

 

  Adat Meminang.

Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan.

Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan berikutnya mereka akan berbincang tentang segala syarat berkaitan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan. Pada ketika itu seandainya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Dari segi konsepnya Menghantar Tanda adalah ditakrifkan sebagai “putus cakap”. Ini membawa maksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.


Langkah ketiga

 

Adat Bertunang

Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula  diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti  bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk diberikan kepada pihak perempuan.

Pada kebiasaannya bilangan hantaran juga akan di hantar dalam bilangan yang ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap dikatakan akan membawa implikasi yang tidak baik. Sementara hantaran dari pihak perempuan pula akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berumah tangga,maka pihak lelaki juga harus memberikan sumbangan berupa hantaran yang akan ditetapkan oleh keluarga perempuan kerana  dianggap peminangan tersebut sudah melangkah bendul.

Langkah keempat

 

Adat Berinai.

Majlis berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Berinai Curi. Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan untuk saudara mara terdekat sahaja. Peringkat kedua dikenali sebagai Berinai Kecil.  Biasanya diadakan dua malam sebelum hari pernikahan untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat ketika dpula dikenali sebagai Berinai Besar. Umumnya diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan. Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

 


Langkah kelima

 

Akad Nikah.

Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama. Istiadat ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Walau bagaimanapun Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam

Pada hari berkenaan, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi berserta  dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan persetujuannya akan pernikahan tersebut.

Seterusnya Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.Upacara membatalkan air sembahyang pula dilakukan sebaik sahaja selesai adat akad nikah. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

 

Akhir sekali

 

Adat bersanding

 Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara persandingan.  Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam. Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut dengan meriah bilamana pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin.

Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Para jemputan terutama dari wakil kedua mempelai akan dipersila untuk menepung tawar pasangan pengantin di atas pelamin. Justeru tidak hairanlah setiap majlis perkahwinan yang dilakukan secara penuh adat mengganggap pasangan pengantin sebagai raja sehari oleh kebanyakan masyarakat Melayu lantaran tertib dan teraturnya  pengurusan proses perkahwinan yang diamalkan sejak turun temurun

 

KEMATIAN

PENGENALAN

Kematian merupakan perkara yang sudah pasti akan berlaku dan dipercayai oleh kebanyakan kaum yang wujud didunia ini. kematian akan berlaku kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, agama, kaum, umur, pangkat dan darjat. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia dengan adat kematiannya yang tersendiri. Antara kaum yang menarik dapat kami rungkaikan adalah kaum Cina, India, Melayu dan Orang Asli Temuan. Pelbagai persoalan akan timbul dalam fikiran semua manusia yang rata-ratanya ingin tahu perkara yang akan berlaku setelah proses kematian setiap kaum. Antara persoalan yang timbul adalah perbezaan tanah perkuburan setiap kaum. Seterusnya cara menguruskan mayat setiap kaum dan lain lain. Bagi merungkaikan ikatan persoalan tersebut, blog ini akan membincangkan secara khusus berkaitan adat kematian.

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Mayat akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebelum dikebumikan, mayat perlu dimandikan  dengan tertib dan cermat.  Adalah lebih baik jika memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri. Mayat perlu dikebumikan secepat yang mungkin.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil si mati akan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika  beliau pernah berbuat kesilapan terhadap seseorang dan akan meminta mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.

 seterusnya mayat akan di solatkan. ini bukan sahaja kerana adat melayu tetapi ianya merupakan suatu tuntutan didalam agama Islam. Harapan orang hidup pula ialah semoga simati akan berada dalam rahmat Allah, terhindar daripada siksa kubur dan bersemadi dengan tenang di alam barzakh. Maka salah satu cara untuk membantu simati bagi meringankan bebannya di alam berzakh ialah dengan doa yang dibaca ketika menyembahyangkan jenazahnya.

 

Pakaian Si Mati

Mayat dibalut dengan kain kafan. Kafan maksud membalut badan jenazah dengan aturan tertentu. Proses mengafankan melibatkan penggunaan kain putih yang mencukupi beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan lagi balutan kain kafan tersebut.Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialah 5 lapisan manakala mayat perempuan 7 lapisan . Ini adalah untuk memelihara kehormatan dalam proses membalut mayat menggunakan kain supaya bahagian sulitnya tidak dapat dilihat oleh orang lain.

 

Semasa Pengebumian

Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.

Sebelum ditimbus, sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.

Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur.

 

Selepas Kematian

Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

 


Kaum Cina

Kaum cina adalah kaum etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu. Masyarakat Malaysia yang berketurunan Cina terdiri daripada sukuk aum Teochaw, Hakka, dan Hokkien. Penempatan pertama dibuka di Malsysia ditubuhkan pada abad ke-15 apabila Puteri China Hang Li Po telah dikahwinkan dengan Sultan Melaka. Semenjak itu, kaum cina telah berkembang menjadi populasi kedua terbesar di Malaysia.

Kaum Cina juga mempunyai pelbagai kepercayaan iaitu agama buddha, taoisme, dan Kristian. Selain itu juga, mereka juga terdapat banyak Bahasa antaranya mandarin, hokkien, hakka, kantonies dan banyak lagi.

 

PAKAIAN

Seterusnya, kaum Cina juga mempunyai pakaian tradisional tersendiri, unik dan menarik. Pakaian bagi kaum Cina perempuan ialah Cheongsam manakala pakaian bagi kaum Cina lelaki ialah Samfu. Selain iyu juga, pakaian Hanfu dipakai semasa pergerakan Hanfu Malaysia pada tahun 2007. Dibawah ini adalah contoh-contoh pakaian berikut;

 

Chengosam Tradisional
Cheongsam Moden
Samfu Tradisional
Samfu Moden
Hanfu

PERAYAAN

Pakaian-pakaian tersebut dipakai apabila menyambut perayaan-perayaan terbesar seperti Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei dan Pesta Kuih Bulan. Perayaan-perayaan ini disambut bersama keluarga besar seperti sanak-saudara, cucu-cicit dan anak-menantu. Perayaan ini disambut dengan sangat meriah dan akan makan besar bersama-sama. Perayaan Tahun Baru Cina disambut pada awal tahun dengan berpakaian serba merah dan emas. Orang Cina berkata pakaian merah akan membawa “Ong” bermaksud tuah. Contoh perayaan yang tersebut:

Perayaan Tahun Baru Cina

 Seterusnya, terdapat juga perayaan Chap Goh Mei. Perayaan Chap Goh Mei atau dikenali sebagai “Chinese Valentine’s Day” ini merupakan malam mencari pasangan dimana para gadis yang masih belum berkahwin akan berpakaian cantik dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok. Chap Goh Mei merupakan sebutan dialek Hokkien yang bermaksud malam ke-15 Tahun Baru Cina. Di samping itu, perayaan tersebut disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran. Selain itu, mereka akan menulis nama dan nombor telefon diatas buah limau kemudian dilontarkan kedalam sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mendapat pasangan yang sesuai. Lelaki yang bujang akan mengutip limau disungai untuk bertemu pasangannya. Contoh suasana perayaan:


Chap Goh Mei

Perayaan yang seterusnya adalah Pesta Kuih Bulan. Pesta Kuih Bulan diraikan pada hari ke-15 dalam bulan lunar kelapan, ia juga dikenali sebagai Zhongqiujie (perayaan pertengahan musim luruh). Kuih Bulan adalah sebagai satu hidangan istimewa pada perayaan ini.  Contoh perayaan berikut:


Pesta Kuih Bulan

MAKANAN

Disebalik perayaan yang disambut besar dan meriah, tak lupa juga dengan pelbagai makanan yang enak dan boleh dinikmati Ketika menyambut perayaan tersebut. Kaum cina juga mempunyai makanan-makanan dan kuih tradisional yang menarik. Antaranya, Yee Sang, dimsum, jiao zi atau dikenali sebagai Chinese dumpling, pulut nasi dan banyak lagi. Dibawah ini adalah contoh gambar makanan berikut;

 

Yee Sang
Dim Sum
Jiao Zi

 

TARIAN

Kaum cina juga terkenal dengan pelbagai tarian dan alat muzik. Setiap perayaan akan ada tarian yang dipersembahkan seperti tarian singa, tarian kipas dan sebagainya. Tarian-tarian ini dibuat bagi menghiburkan dan memeriahkan suasana perayaan. Contoh-contoh tarian yang selalu dipersembahkan:

Tarian Kipas


Tarian Singa
Tarian Naga
Tarian Payung


ALAT MUZIK

Kaum Cina juga mempunyai alat muzik yang unik dan menarik. Alat muzik juga digunakan apabila melakukan persembahan tarian-tarian. Alat-alat muzik ini terbahagi kepada empat kumpulan. Kumpulan-kumpulannya ialah alat muzik yang digesek, alat muzik yang ditiup, alat muzik yang dipukul dan alat muzik yang bertali. Antara alat muzik yang bertali ialah pipa, guzheng, yangqin, dan liuqin. Alat muzik yang ditiup pula adalah zhudi atau dikenali sebagai seruling. Manakala alat muzik yang digesek pula adalah erhu. Terdapat pula pelbagai jenis erhu seperti, zhonghu, jinghu, banhu, dan gaohu. Alat muzik yang dipukul pula adalah gendang 24 musim. Dibawah ini adalah contoh-contoh alat-alat muzik diatas mengikut kumpulannya. 

Kumpulan

Alat muzik

Alat muzik dipukul

        Gendang 24 musim


 

Alat muzik ditiup

                     Zhudi (seruling)


 

Alat muzik bertali

                              Pipa


Guzheng


Yang qin


Liuqin



 

Alat muzik digesek

                                   Erhu 


 

Zhong hu


Jinghu


Banhu
Gaohu





 


PERMAINAN

Kaum cina juga mempunyai permainan tradisional tersendiri. Antara permainanya adalah mahjong, xiang qi, yo-yo cina dan pelbagai lagi. Contoh gambar;

Mahjong

Yo-yo Cina

Xiang qi

PERKAHWINAN

Tahukah anda bahawa adat-adat istiadat yang terdapat dalam upacara perkahwinan masyarakat Cina adalah berbeza dengan kaum lain di negara ini? Kami kongsikan adat resam dan budaya masyarakat Cina dalam upacara perkahwinan:

 

1. Merisik

Untuk pengetahuan anda, tujuan merisik adalah untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati kerana masyarakat Cina mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku wanita terbabit.

Oleh itu, cara merisik terpulang kepada ibu bapa pihak lelaki sama ada mereka mahu bertanya kepada kenalan ataupun rakan taulan yang mengenali keluarga wanita tersebut.

Selain itu, mereka lebih gemar mengadakan perbincangan seperti ini di restoran bersama saudara mara lain kerana dipercayai bahawa tradisi ini boleh mengeratkan perhubungan di antara ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Perbincangan pada peringkat merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum seperti latar belakang keluarga dan keturunan wanita itu kerana peringkat ini adalah untuk memastikan gadis yang dihajati oleh lelaki itu masih belum berpunya.

Pada peringkat ini, pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin belah rotan dan sekiranya pihak wanita bersetuju, satu tarikh peminangan akan ditetapkan.

 

2. Meminang

Upacara meminang hanya akan dijalankan setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing. Seorang wakil akan dipilih untuk mengunjungi rumah si gadis untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.

Ibu bakal pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil itu tentang jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

Wakil tersebut akan memaklumkan semua ketetapan yang telah dipersetujui kepada ibu bapa pihak lelaki. Seterusnya, ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anak mereka untuk memenuhi segala permintaan pihak perempuan.

Hanya selepas kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk berkahwin, barulah upacara pertunangan itu dijalankan. Wakil daripada pihak lelaki akan diutuskan oleh ibu bapa pihak lelaki sebagai wakil untuk meminang pilihan hati anak mereka.

Ibu bapa kepada pihak perempuan akan diberi tempoh untuk memberi jawapan dan sekiranya pinangan diterima, mereka akan berbincang tentang syarat-syarat berkaitan mas kahwin dan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan pada pertemuan berikutnya.

Andaikata upacara perkahwinan itu ditangguhkan selama beberapa bulan, pihak lelaki akan menghantar tanda terlebih dahulu kepada pihak wanita.

Salah satu cara ikatan pertunangan antara dua keluarga yang rapat atau saudara dalam masyarakat Cina adalah tanpa menggunakan cincin pertunangan.

Selain itu, ia merupakan persetujuan bertulis semenjak bakal pengantin itu kecil lagi atau semasa mereka masih bayi di mana pertunangan itu kemudiannya dibuat secara wasiat.

 

3. Upacara pertunangan

Hari pertunangan adalah berdasarkan kalendar Cina kerana hari yang dipilih perlu bersesuaian dengan zodiak pasangan berkenaan.

Berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su, khidmat tukang tilik akan digunakan untuk menetapkan tarikh pertunangan pasangan itu.

Masyarakat Cina percaya bahawa sekiranya upacara itu dilakukan pada waktu yang tidak sesuai, pasangan terbabit akan ditimpa bencana dan perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama.

Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah pilihan hatinya untuk menunaikan permintaan bakal isterinya. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.

Kedua-dua bakal pengantin akan menyarung cincin di jari manis kiri mereka sehingga hari perkahwinan. Sebagai bukti persetujuan, wanita tersebut akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang mengandungi nama, umur dan tarikh lahirnya.

Selepas pihak lelaki menerima nyen-sang tersebut, mereka akan melakukan persediaan seperti memberi nyen-sang bakal isterinya bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya kepada tukang tilik.

Dari situ, tukang tilik itu akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang lalu mencatatnya pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.

Untuk menentukan hari yang sesuai, tukang tilik akan memberikan dua keping nyik-kor kepada pasangan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh pasangan tersebut.

Hantaran dan mas kahwin secara lazimnya akan diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan ataupun pada hari lain seperti hari perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.

Hantarannya termasuk sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.

 

 

 

4. Majlis perkahwinan

Hari perkahwinan akan berlangsung mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Walaupun begitu, sekiranya terdapat kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin sebelum hari perkahwinan, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun berikutnya ataupun selama seratus hari.

Masyarakat Cina pada masa dahulu akan memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas pada hari perkahwinan mereka. Pakaian itu pula akan dihias dengan pelbagai aksesori.

Untuk baju pengantin pula, warna pakaian itu digalakkan untuk berwarna putih, merah atau kuning. Walau bagaimanapun, pengantin dilarang sama sekali untuk memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana warna-warna tersebut dipercayai melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya, pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan mereka kemudiannya akan diiringi oleh pengiring masing-masing untuk duduk di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.

Sebaik sahaja upacara persandingan berakhir, pasangan pengantin akan dibawa untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan saudara maranya kepada isterinya.

Masyarakat Cina menganggap upacara minum teh sebagai sesuatu yang sangat penting dan masih mengamalkannya sehingga hari ini kerana ia melambangkan penerimaan pasangan pengantin dalam keluarga masing-masing di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dalam upacara ini, pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara mereka. Orang yang lebih tua khususnya ibu bapa pasangan pengantin akan memberi angpau kepada pasangan tersebut sebagai tanda berkat dan kemuncak upacara perkahwinan iaitu jamuan makan berlangsung pada sebelah malam.

Adat resam majlis perkahwinan masyarakat Cina merangkumi empat peringkat iaitu merisik, meminang, upacara pertunangan dan hari perkahwinan itu sendiri.

 


KEMATIAN

Masyarakat Cina sangat berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan kematian . Orang cina percaya bahawa kematian seseorang bermaksud kehidupan dunia yang telah berakhir dan bermula kehidupan seterusnya dibawah dunia.

1. Semasa kematian

Mayat akan dibersihkan dan dimandikan. Selepas itu, mayat akan disolek dan disapu dengan minyak wangi agar kelihatan cantik dan tenteram. Mayat akan dimasukkan kedalam keranda kayu yang diukir dengan bersalutkan logam dan susunan mayat ditempatkan menghala ke pintu yang membawa maksud kerelaan untuk meninggal dunia. Tarikh untuk upacara pengebumian akan dipilih oleh paderi Cina.

 

 2. Penghormatan terakhir kepada si mati

Setiap ahli keluarga, saudara mara, dan sahabat diwajibkan menangis atau meratapi permegian si mati. Jika mereka kekurangan ahli mereka akan mengupah lebih ramai orang luar untuk menangis kepada si mati. Sesetengah kepercayaan kaum Cina akan membuat upacara sembahyang mayat. Sebelum mayat dibawa ke jerat, mereka akan membaca sedikit mentera kepada si mati. Sewaktu mengiringi mayat ke jerat, pelbagai jenis lagu tradisional atau keagamaan akan dimainkan.

 

3. Upacara Pengebumian

Tempat pengebumian memainkan peranan yang penting. Kawasan yang paling tinggi adalah yang lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Tanah perkuburan yang dihias dengan menarik melambangkan kekayaan si mati semasa hidup. Kubur yang paling besar, tinggi dan menarik menjadi lambang kemewahan kepada si mati. Ahli keluarga juga akan memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati dalam berbentuk kertas.

 

 




KAUM INDIA

Kaum india adalah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakkan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaysia. Namun sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kau mini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina.

Kaum india juga mempunyai pelbagai kepercayaan seperti agama hindu, Kristian dan islam. Kaum mereka pun mempunyai pelbagai Bahasa iaitu Bahasa telugu, tamil, hindi, dan Malayalam.

 

PERAYAAN

Kaum india mempunyai pelbagai perayaan. Antaranya, Deepavali, Thaipusam, Ponggal Vaiguda, Ekadashi dan banyak lagi. Tetapi kaum india mempunyai tiga perayaan utama iaitu Deepavali, Thaipusam dan Ponggal.

Deepavali ialah perayaan yang paling utama bagi masyarakat india. Deepavali juga dikenali sebagai ‘perayaan cahaya’. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.

 

Deepavali

 

Thaipusam pula perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan. 


Thaipusam

 

 

Ponggal ialah perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat padi’. Selain itu, masa yang amat baik untuk mengadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah pula akan dibersihkan dan dihiasi. ‘Ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.



Ponggal   

PAKAIAN

Selain daripada perayaan, kaum india juga mempunyai pakaian tradisional tersendiri. Bagi yang perempuan ialah sari dan salwar kameez manakala yang lelaki kurta dan dhoti.

Sari
Salwar Kameez
Kurta

 

Dhoti

MAKANAN

Makanan india dicirkan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain. Selain itu, elemen yang menggambarkan keunikan makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan membangkitkan selera.

Antaranya ialah tosai, idli, murukku, apam, kesari dan pelbagai lagi jenis makanan. Contoh-contoh gambar makanan;

 

Tosai

 

Idli
Murukku
Kesari
Ladu

TARIAN

Kebudayaan India telah wujud beribu tahun dahulu. Oleh itu, kebudayaan india sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India. Terdapat pelbagai jenis tarian antaranya tarian serimpi, shobana chanarakumar tetapi terdapat dua tarian yang popular dan diketahui oleh kaum lain seperti Bharata Natyam dan Kathak.

 


Bharata Natyam

Kathak

 

 

ALAT MUZIK

Tidak lupa juga alat muzik yang terkenal di india. Pelbagai alat muzik yang dimainkan Ketika membuat persembahan. Antaranya, tabla, pullanggulal, nadaswaram, veena, sitar dan bermacam-macam lagi.

Dholak
Sitar
Tabla

 

PERKAHWINAN

 

Perkahwinan Kaum India

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

 

Merisik

Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.

 

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

 

 

Ikat Janji Atau Niccayam

Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.

 

Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam

Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakal Udan Parisa adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbu dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah.

 

 

 

 

 

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

 

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat  pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali.

Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

 

Mukuurtta Kaal

Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.

 

 

Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan

Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin

 

Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.

Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai. Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu  perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.

Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

KEMATIAN

Masyarakat india mempercayai mati adalah konsep kelahiran semula, iaitu ibarat tidur dan akan bangun semula selepas tidur. Sarjan india juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur tetapi roh akan kembali ke alam barzakh.Mayat akan dibakar atau dikebumikan untuk melaksanakan upacara ini , pelbagai adat tertentu akan dilakukan .

 

1. Semasa Kematian

Mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat akan dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.

 

2. Upacara Kematian

Terdapat 3 Upacara kematian iaitu Upacara menanggalkan Thaali, Upacara Vaaikkarisi dan kolli catti. Upacara Thaali dilakukan semasa berlaku kematian Dalam Sebuah keluarga. Thaali Ialah rantai suci perkahwinan yang Hanya boleh ditanggal Oleh isteri Setelah suaminya meninggal dunia. Bagi Upacara Vaaikkarisi, Mayat yang telah dimandikan dan dihias akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau dan sedikit makanan dimasukkan ke dalam mulut mayat menandakan pemberian terakhir. Kolli catti bermaksud periuk Tanah liat yang mengandungi api. Kolli catti dibawa Oleh Ahli keluarga si mati sama Ada anak atau Bapa. Pembawa kolli catti akan mengelilingi Mayat sebanyak 3 kali mengikut arah jam diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kalli catti sambil menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. Di pusingan ketiga, pembawa kolli catti duduk melutut di hadapan mayat tetapi tidak menghadap mayat.

 

3. Selepas Kematian

selepas selesai Upacara pengebumian, beberapa Adat seperti berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu Mayat dan berkabung. Terdapat Dua cara pengurusan abu mayat bagi masyarakat India, iaitu sama Ada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut. Tempoh berkabung pula berlangsung selama lapan atau enam belas hari.

 

 

 4. Pantang Larang Kematian

Tetamu yang datang perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah. Seterusnya semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan kain Putih. Dalam masa setahun selepas berlaku kematian, Ahli keluarga tidak boleh meraikan sebarang sambutan dan Majlis. Ahli keluarga juga tak boleh mengadakan sebarang keraian serta tak boleh sembahyang secara 'special' di kuil atau di rumah.

 

 




KEBAIKAN PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN

           Seperti yang kita semua tahu,setiap yang berlaku mestilah ada kebaikan dan cabarannya.Disini saya akan menerangkan kebaikan yang terdapat dalam perpaduan dan kebudayaan kepada individu, masyarakat dan negara.Antara kebaikan perpaduan kepada seseorang individu ialah dapat melahirkan individu yang mempunyai sifat tolong-menolong dan semangat kejiranan misalnya penduduk taman perumahan akan membuat gotong-royong membersihkan kawasan perumahan pada hujung minggu bersama-sama walaupun berbilang bangsa dan kaum.


Seterusnya,kita dapat memupuk sikap sayang-menyayangi diantara satu sama lain seperti contoh kaum melayu menjemput kaum cina dan india memeriahkan rumah mereka ketika musim perayaan Aidilfitri atau rumah terbuka dan akan belaku sebaliknya apabila perayaan Tahun Baru Cina dan Deevapali.



         Antara kebaikan perpaduan kepada masyarakat ialah masyarakat dapat hidup dalam aman dan damai.Keadaan ini membolehkan aktiviti harian masyarakat dan aktiviti keagamaan berjalan dengan baik dan  lancar kerana tiada belakunya peperangan atau pergaduhan yang besar seperti negara Iran dan Palestin.Selain itu, masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Sebagai contoh, pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan untuk kehidupan bermasyarakat yang harmoni. 





         Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak menyumbang ke arah perpaduan kaum.Buktinya adalah,  di Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan(SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa lain boleh dipelajari.

sekolah jenis kebangsaan cina

sekolah jenis kebangsaan tamil

          Hal inilah yang menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana  perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud.Antara kebaikan perpaduan kepada negara pula ialah dapat meningkatkan ekonomi negara. Ramai pelancong  luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada pelancong asing.Dengan cara ini,para pelancong akan berbelanja menggunakan mata wang Malaysia dan seterusnya ia dapat meningkatkan ekonomi negara.Selain itu,perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.Para  pelancong sangat kagum dengan rakyat Malaysia kerana walaupun berbeza agama, bangsa, dan kaum,mereka tetap bersatu padu dan tidak mengamalkan sikap kekitaan.Daripada faktor ini,pelancong luar negara akan lebih teruja untuk mengetahui tentang sikap dan sifat rakyat Malaysia yang tetap bersatu padu walaupun berbilang kaum dan bangsa.

CABARAN UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN

                Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk mengekalkan perpaduan kaum ialah isu politik negara.Perbezaan parti politik yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan dalam kalangan rakyat.Dunia politik sememangnya penuh dengan kontroversi dimana terdapat beberapa ahli politik yang kurang bijak apabila mengatasi masalah yang dihadapi dan hanya memikirkan kepentingan kaumnya sahaja serta mempunyai sifat kekitaan.Parti politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan kaum mereka sahaja.Jelaslah disini bahawa isu politik negara merupakan satu cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan perpaduan dan kebudayaan kaum.

        Cabaran yang seterusnya ialah ledakan teknologi.Seperti yang kita semua maklum,penggunaan telefon bimbit merupakan keperluan penting  untuk setiap lapisan masyarakat pada masa kini tidak kira golongan veteran,dewasa,remaja ataupun kanak-kanak tetapi ianya terdapat beberapa keburukan apabila salah penggunaannya.Penyebaran maklumat yang tidak sahih berkaitan isu perkauman sering tular di media sosial pada masa kini kerana terdapat individu yang kurang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu tanpa menyelidik terlebih dahulu.Pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku  yang menyebarkan maklumat yang kurang sahih atauu sesuatu berita yang berkaitan isu perkauman yang mampu menyebabkan pergaduhan sesama kaum. 

             Seterusnya,bidang ekonomi juga merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi untuk mengeratkan perpaduan kaum pada masa kini.Cabaran ini telahpun lama terjadi sejak zaman penjajahan lagi terutamanya zaman penjajahan British dimana kaum melayu menjadi nelayan dan petani,kaum india diletakkan di ladang getah dan kaum cina bekerja sebagai pedagang  dan melakukan perlombongan.Ini telah menyebabkan sedikit perbalahan diantara kaum dan menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas.Kesan daripada hal ini begitu mendalam sehingga masih dapat dilihat pada masa kini.Pada masa kini,kita masih dapat melihat bahawa masyarakat  cina mendominasikan bidang perdagangan dan masyarakat india masih ramai yang terlibat dalam bidang perladangan manakala ada segelintir  masyarakat melayu yang masih lagi giat dalam bidang pertanian dan perikanan.Dari sinilah peranan kerajaan sangat penting dalam membuka pekerjaan yang mana memberi peluang pekerjaan yang sama pada setiap kaum.Pembangunan ekonomi merupakan nadi kepada kemajuan negara dan bangsa.Pembangunan ekonomi ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat masih ditempatkan mengikut bangsa masing-masing sahaja.Sistem pemisahan dari segi ekonomi ini seharusnya dibenddung sejak dulu lagi agar sifat perkauman yang menebal dalam masyarakat majmuk dapat dihapuskan.

             Cabaran yang seterusnya ialah dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik kepada perpaduan dan kebudayaan.Sejak kebelakangan ini,ramai penduduk Malaysia yang kurang fasih dalam pertuturan bahasa ibunda iaitu bahasa Malaysia terutamanya anak-anak barisan artis dan jutawan.Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa kebangsaan maka akan timbul sifat keterbukaan,persefahaman dan toleransi diantara sama lain.Hal ini juga membantu membuka minda rakyat Malaysia agar menghormati adat dan budaya  lain kerana mereka melihat sendiri  kepercayaan kaum lain.Barisan pemimpin pendidikan perlulah mewujudkan satu aliran sahaja  dalam sitem pendidikan negara serta penekanan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan yang dapat menyelesaikan maslah perpaduan kaum yang membelenggu rakyat Malaysia pada masa kini.

           Cabaran yang terakhir ialah dari segi keagaaman dan kebudayaan.Seperti yang kita semua maklum,negara Malaysia mempunyai pelbagai agama dan budaya misalnya agama Islam,Kristian,Buddha dan sebagainya.Cabaran ini merupakan faktor yang tidak boleh dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya dan agama yang tersendiri.Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap budaya dan agama mereka.Sudah pasti mereka ingin menggunakan bahasa mereka sahaja dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana mereka beranggapan jika terdapat bahasa lain selain bahasa mereka, identiti bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya.

 

KESIMPULAN

               Berdasarkan perkara-perkara yang telah dijelaskan diatas,jelaslah disini bahawa perpaduan dan kebudayaan memberi impak dan maslahat yang besar kepada individu,masyarakat dan negara.Persefahaman dan sikap hormat-menghormati diantara kaum menjadi pemangkin utama dalam pencetusan perpaduan dan kebudayaan negara Malaysia.Seterusnya,perpaduan dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia merupakan anugerah yang tidak ternilai kerana negara luar tidak mempunyai keunikan ini.Banyak negara jiran yang telah mengalami konflik dan perang saudara kerana wujudnya prejudis diantara masyarakat misalnya negara Palestin,Iran dan sebagainya.Kita sering menlihat di media sosial mengenai pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa tidak kira tua atau muda.Sebagai rakyat Malaysia,kita haruslah bersyukur diatas anugerah yang tidak ternilai ini.kita  juga harus bersyukur kerana negara Malaysia merupakan negara yang aman dan damai serta mempunyai ledakan teknologi yang canggih.

             Seterusnya,perpaduan juga merupakan faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa ini.Sekiranya kita bertelingkah atau berpecah diantara satu sama lain,negara yang aman dan maju ini akan mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang akan menjejaskan ekonomi negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten serta dapat bersaing dengan negara maju yang lain.Akhir sekali,rakyat Malaysia perlulah bersatu padu dalam mengekalkan perpaduan dan kebudayaan yang berbilang kaum ini dengan tidak menjadi seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.Jika semua rakyat bersatu padu dan mengetepikan perbezaan diantara satu sama lain,tentulah perpaduan dan kebudayaan ini terus terjamin pada masa akan datang dan ia akan berkekalan sehingga ke anak cucu.

        Oleh itu, saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan dan kebudayaan yang telah kita bina ini agar aspirasi kepimpinan  negara untuk menjadi  negara maju dapat direalisasikan kerana untuk mencapai usaha ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Ianya mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti,tepat dan bijaksana.Usaha untuk mengekalkan perpaduan dan kebudayan ini tidak akan tercapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.Semua pihak juga perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya.Sekiranya sifat ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua pihak,hasrat untuk mengekalkan perpaduan dan kebudayaan ini akan menjadi angan-anagan kosong.Semoga setiap lapisan masyarakat sedar betapa nikmatnya hidup bersatu padu dalam pelbagai kaum dan bangsa ini.Cabaran mengekalkan perpaduan dan kebudayaan ini sebenarnya merupakan tugas kita sendiri dalam memastikan pemimpin yang adil dipilih,amalan sikap bertoleransi serta bertolak ansur dalam kehidupan harian masing-masing.Seperti pepatah ada mengatakan bersatu kita teguh,bercerai kita roboh


RUJUKAN

1.  https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

2.  https://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya

3.   Ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia

4.   Ms.wikipedia.org/wiki/orang_melayu_malaysia

5.   Tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/Malaysia/kaum-cina-dimalaysia.html

6.   Ms.wikipedia.org/wiki/orang_india_malaysia

7.   Pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com

8.   Iamlejen.com/adat-resam-perkahwinan-kaum-cina

9.   Pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/40-perkahwinan-kaum-india.html

10.Myadatkematian.blogspot.com/2019/02/adat-kematian.html

11.  Adatresam7.blogspot.com/2015/11/normal

12. Tradisionalmusicalinstruments.blogspot.com

13. Khadijahrazaki.blogspot.com/2017/09/usaha-mengekalkan-budaya-pelbagai-kaum.html

14. Myschooltmgstaiping.wordpress.com

15.https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum#Contoh_Karangan_Cabaran_Dalam_Mengekalkan_Perpaduan_Kaum.

16.https://www.academia.edu/36191761/Cabaran_Dan_Langkah_langkah_Pihak_Kerajaan_Dalam_Mewujudkan_Perpaduan_Kaum_Serta_Kepentingan_Pengekalan_Perpaduan_Di_Malaysia_Komunikasi_dan_Penyiaran_Islam_e_Folio_

17.http://joyiilim.blogspot.com/2016/10/cabaran-perpaduan-kaum-di-malaysia.html

18.http://haeyba.blogspot.com/2019/12/karangan-spm-kepentingan-perpaduan-kaum.h

19.https://www.slideshare.net/100000420219825/kepentingan-perpaduan-kaum-sejarah-pt3

20.https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/

21.https://www.slideshare.net/biiey/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubungan-etnik


No comments:

Post a Comment

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

  PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN  MPU 21032 KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN NAMA KUMPULAN: ...